Friday, February 18, 2011

shahrizat & the geng, undang2 malaysia ni cam babi kah?

‘Terkenang anak bongsu meninggal tercekik bubur nasi’

KUALA LUMPUR: “Apabila membaca berita ini, saya terkenangkan semula kejadian malang menimpa anak perempuan bongsu berusia lima bulan meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi sebulan lalu disebabkan kecuaian pengasuh,” kata Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31.

Beliau menghubungi Harian Metro selepas membaca laporan akhbar semalam mengenai bayi berusia 18 bulan, Sheena Mohamad Safwan yang menerima rawatan sejak 10 bulan lalu kerana mengalami pendarahan serius dan patah kaki akibat didera pengasuhnya. Katanya, dia kesal kerana sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap pengasuh didakwa menyebabkan kematian anaknya, Nur Shazwani Izni Mazlan di Taman Putra Perdana, Puchong, pada 14 Januari lalu. “Sememangnya saya sekeluarga reda dengan apa yang menimpa Nur Shazwani, namun apabila memikirkan tiada tindakan yang diambil saya trauma,” katanya.


“Ini kerana khuatir orang lain menerima nasib sama dengan saya jika pengasuh yang tidak bertanggungjawab tidak diambil tindakan,” katanya. Menurutnya, sehubungan itu, dia meminta ibu bapa lebih berhati-hati ketika menghantar anak mereka ke rumah pengasuh kerana kejadian buruk boleh menimpa anak hingga menyebabkan kematian jika salah memilih pengasuh.


“Jangan biarkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku menimpa anda dan saya berharap ibu bapa yang pernah mengalami perkara sama berani ke depan untuk pengadilan,” katanya.


Nor Jam’atul berkata, dia juga akan mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan dengan memfailkan saman kerana kini difitnah oleh pengasuh berkenaan di kalangan jiran dan rakannya.


Akhbar semalam melaporkan Rina Abdul Halim, 30, yang mendakwa anaknya bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.



Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.


Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.


Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu dan kesal kerana tiada tindakan undang-undang diambil berhubung kes menimpa anaknya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata pihaknya ada menerima laporan polis itu dan kini sudah hampir melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

No comments:

Post a Comment