Wednesday, April 27, 2011

BAZIRKAN WANG RAKYAT JER...

http://sun2surf.com/article.cfm?id=60261

JOM THX TO MAMAT NIH SEBAB GARA2 DIA, BANGSA NUSANTARA (JIKA DOA meLAYU = KANG LEMBIK LAK) AKAN SEMAKIN GEMILANG SELEPAS DICABAR...

http://mmail.com.my/content/70657-uncommon-sense-new-media-old-mindset

hak asasi...

Polis Medan sediakan kamar seks


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MEDAN: Pihak berkuasa polis di sini berhasrat membina kamar seks di lokapnya bagi memberi peluang kepada tahanan lelaki dan wanita menyempurnakan tugas sebagai suami atau isteri pada pasangan masing-masing.

Ketua Polis Medan, Tagam Sinaga berkata, kamar itu akan dilengkapi televisyen dan dijaga petugas bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.


“Bagi tahanan yang ingin menggunakannya, mereka perlu membuktikan bahawa mereka dan pasangan sudah menikah, seperti buku nikah dan kad pengenalan keluarga,” katanya.

Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Politik Universiti Sumatera Utara, Profesor Badaruddin berkata, dengan adanya kamar seumpama itu, sudah pasti tahanan yang mempunyai isteri atau suami tidak terganggu fikiran mereka. - Agensi


Sunday, April 24, 2011

keahlian kelab blogger ben ashaari LAGI ramai daripada Blog Hambat (cari) Makan @ BHM? kahkah... hah apa lagi, lapor kat skmm sebab wa "hasut" public!

Facebook posts may harm, says blogger

2011/04/25

Share |



KUALA LUMPUR: "When you put things in public, it's going to affect someone," said blogger "Hassan Skodeng" yesterday.

He was the blogger who had claimed trial on Sept 2 last year to a charge of using the Internet to post a false comment titled "TNB to sue WWF over Earth Hour" with the intention to hurt the feelings of others.

Hassan Skodeng was Malay Mail lifestyle and entertainment executive editor Irwan Abdul Rahman.


(The complaint against Irwan was made by Tenaga Nasional Bhd general manager of corporate communications Ismail Abd Rahman on April 2, last year. The charge against him was dropped on March 15 following a representation to the Attorney-General's Chambers.)

Irwan said spitting out against your boss -- say, by calling him "stupid" on Facebook -- would naturally affect your relationship with him.

"Your right to free speech will impede other's right to honour and dignity and impact them in many ways. So, you must protect yourself by self-censoring what you post."


This was the key message from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in his speech at the first Malaysian-Asean Regional Bloggers Conference, here yesterday.

He reaffirmed the government's commitment in not censoring the Internet but urged bloggers to be constructive.

Blog House Malaysia president Syed Akbar Ali said bloggers should be aware that the law hasn't changed.


"Like in the case where a Facebook user who got into trouble for insulting the sultan? That came under the Sedition Act," he said.

Syed Akbar said bloggers found the Sedition Act rather subjective and many had trouble judging if something they wrote could be seditious.

Irwan said while regulations were necessary, they should be loose enough to adapt to the changing online communication landscape.

Irwan added that people and the authorities must be educated about basic behaviour online.

"It's no longer just blogs, but also on Facebook and Twitter, where people are using them to say whatever they want."

Syed Akbar made an interesting point -- grey areas were making it difficult for self-censoring bloggers to judge whether what they wrote was in line with the regulations or not.

"Unless it's outright obvious that it's seditious, how confident can you be that what you wrote is 'safe' or not?

"Since the government is re-looking the Internal Security Act, it could also consider re-looking the Sedition Act in future to make the regulations clearer." -- By Masami Mustaza

filem 4 cara selamat dari radiasi nuklear bila pulak?

Filem ‘13 Cara Memanggil Setan’ laris walaupun dibantah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JAKARTA: Meskipun dibantah oleh Front Pembebasan Islam (FPI), filem ‘13 Cara Memanggil Setan’ tetap mendapat sambutan di kalangan masyarakat Indonesia.

Penerbitnya, Ki Kusumo berkata, lebih 700,000 orang menontonnya sejak filem itu mula ditayangkan.


“Sejak tayangan perdana 7 April lalu, lebih 700,000 orang menyaksikan filem ‘13 Cara Memanggil Setan’ di 56 pawagam di 18 kota besar seluruh Indonesia,” katanya.

Ki Kusumo sekali gus menganggap filem berkenaan sebagai berjaya dan yakin jumlah penonton menjangkau lebih sejuta orang dalam masa yang terdekat.


"Saya melihat sambutan masyarakat terhadap filem seram amat baik, lebih-lebih lagi cara-cara memanggil setan yang dipaparkan dalam filem ini,” katanya.


Dia yakin bantahan FPI tidak akan memberi kesan secara langsung kepada filem berkenaan.

“Baik buruk sesebuah filem itu biarlah ditentukan oleh masyarakat sendiri,” katanya. - Agensi

Sunday, April 3, 2011

lebih mulia daripada islam...

Myanmar larang pakaian tak senonoh


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

YANGON: Mereka yang memakai pakaian yang tidak senonoh sepanjang sambutan Tahun Baru tradisional Myanmar berdepan dengan hukuman penjara sebulan. Pesta empat hari itu bermula 13 April depan.

Jurnal News Watch, sebuah majalah mingguan menyiarkan amaran kerajaan supaya rakyat negara itu mengelak daripada memakai pakaian yang bertentangan dengan budaya negara itu. Menurutnya, jawatankuasa khas akan mengawasi apa yang dipakai oleh orang ramai dan akan menggunakan televisyen litar tertutup untuk merakamnya. — Reuters

Saturday, April 2, 2011

obama presiden US paling jahat sebenarnya sebab hipokrit...

5 maut bantah al-Quran dibakar


2011/04/03
Tujuh kakitangan asing PBB turut terbunuh diserang penunjuk perasaan

KANDAHAR: Lima orang terbunuh dalam tunjuk perasaan ganas di sini semalam membantah tindakan membakar naskhah al-Quran oleh seorang paderi Amerika Syarikat, sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalami serangan terburuk terhadap kehadirannya di Afghanistan yang membunuh tujuh kakitangan asingnya. Taliban semalam menegaskan kumpulan itu tidak terbabit dalam serangan terhadap pejabat PBB di bandar utara Mazar-i-Sharif itu kelmarin. “Kumpulan kami tidak terbabit dalam serangan ini tetapi ia adalah tindakan oleh orang Islam yang bertanggung jawab,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid yang bercakap menerusi telefon dari lokasi yang tidak didedahkan.

“Orang asing membawa padah ini terhadap diri mereka kerana membakar naskhah al-Quran.”

Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Mazar-i-Sharif, utara Afghanistan selepas solat Jumaat kelmarin dan berarak ke pejabat PBB.
Mereka membakar sebahagian daripada bangunan pejabat itu dan memanjat temboknya untuk merobohkan menara pengawal.
Leher mangsa asing yang maut dikelar, kata PBB dalam satu kenyataan.
Empat pengawal dari Nepal maut ketika cuba menghalang penunjuk perasaan menyerang pejabat PBB itu, manakala seorang masing-masing warga Norway, Sweden dan Romania juga terbunuh.

Seramai lima penunjuk perasaan turut terbunuh, manakala ramai lagi cedera ketika cuba merampas senjata daripada pengawal PBB.

“Adalah menjadi hak kami untuk membuat demonstrasi kerana mereka membakar al-Quran tetapi saya tidak hadir untuk membunuh orang,” kata seorang penunjuk perasaan Habeebullah, 20 yang cedera di kaki.

Penunjuk perasaan itu meletus berikutan tindakan seorang paderi membakar beberapa naskhah al-Quran di sebuah gereja di Florida.

Sementara itu di Kandahar, lima orang terbunuh semalam dalam demonstrasi berterusan membantah pembakaran al-Quran.

Tunjuk perasaan itu bermula di tengah-tengah bandar selatan ini sebelum merebak ke lokasi lain dengan berlaku pertempuran dengan pasukan polis.

Selain yang maut 45 orang turut cedera apabila penunjuk perasaan dari pinggir bandar memasuki pusat bandar. – AFP

Friday, April 1, 2011

galileo pun mereka kata gila...

Macam-macam: Hotel untuk ayam


2011/04/01
LONDON: Seorang lelaki Britain memperoleh pendapatan lumayan hasil daripada idea 'gilanya' membina sebuah hotel khusus untuk ayam.

David Roberts, 31, membuka hotel Avian Inn, yang ‘kalis musang’ dan lengkap dengan kemudahan bagi mereka yang mahu menempatkan ayam peliharaan ketika meninggalkan rumah.
“Ramai penduduk Britain menjadikan ayam sebagai haiwan peliharaan,” katanya yang mengenakan bayaran £2 (RM9.70) bagi seekor ayam untuk satu malam. – Agensi