Monday, January 31, 2011

better than ngandung tua...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm

Thursday, January 27, 2011

Wednesday, January 26, 2011

di malaysia 200 mati tapi selatan thailand 2 jer kena tembak setiap bulan...

6,872 korban nahas jalan raya
Oleh Hardi Effendi Yaacob

2011/01/27
Kematian tahun lalu rekod tertinggi; Polis perkenal penguatkuasaan kreatif

PETALING JAYA: Sebanyak 6,872 kematian membabitkan 6,260 kes kemalangan maut dicatat tahun lalu – rekod tertinggi dalam sejarah negara, sekali gus menimbulkan kebimbangan dan memaksa pihak berkuasa melaksanakan strategi baru bagi mengurangkan nahas jalan raya, terutama pada musim perayaan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata mulai tahun ini polis akan memperkenalkan konsep ‘creative enforcement’ atau penguatkuasaan kreatif melalui Ops Sikap Ke-23 selama 15 hari bermula Tahun Baru Cina, minggu depan. Katanya, melalui pendekatan baru itu, penekanan akan diberi kepada penguatkuasaan lebih tegas bagi membendung enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya, termasuk memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan secara sewenang-wenang. Antara langkah yang diambil ialah:


Mengaktifkan semua 19 menara peninjau di lebuh raya dan laluan Persekutuan untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, selain memastikan kelancaran trafik.

Menempatkan lebih ramai pegawai dan anggota serta memperbanyakkan operasi rondaan dan sekatan jalan raya di beberapa lokasi strategik sepanjang musim perayaan kali ini bagi mewujudkan perasaan takut dan memastikan pengguna sentiasa menghormati undang-undang, dan

Menghapuskan diskaun bagi kesalahan trafik yang dilakukan sepanjang Ops Sikap, sebaliknya pesalah perlu membayar saman maksimum.


Khalid berkata, tahun ini pihaknya mensasarkan penurunan kes kemalangan di seluruh negara, terutama kemalangan maut, sebanyak lima peratus.
“Biarpun sasaran ini kecil, kita percaya ia mampu membawa perubahan besar kepada usaha mengurangkan indeks kemalangan di negara ini, khususnya jumlah kematian.

“Namun, tiada gunanya indeks kemalangan menurun jika jumlah kematian terus meningkat. Kita berharap pengguna jalan raya sama-sama membantu kita mencapai sasaran. Yang pasti, semua usaha yang dirancangkan ini tidak akan berjaya jika orang ramai masih mementingkan diri sendiri dan tidak tahu menghormati peraturan,” katanya selepas melancarkan Ops Sikap Ke-23 di Menara Persada PLUS di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi PLUS Expressways, Tan Sri Mohd Sheriff Kassim; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Sollah Md Hassan; Timbalan Pengarah (Kepolisan dan Pencegahan Jenayah) KDNKA Bukit Aman, Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman dan Ketua Trafik Pasukan, Datuk Abdul Aziz Yusof.

Khalid turut meminta orang ramai merancang perjalanan bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan berikutan pertambahan jumlah kenderaan di semua lebuh raya dan laluan utama sempena Tahun Baru Cina, khususnya menjelang waktu puncak hujung minggu ini.

Sementara itu, Mohd Sheriff berkata, PLUS Expressways akan menempatkan sekurang-kurangnya 3,000 petugas di semua plaza tol di seluruh negara bagi memastikan kelancaran trafik pada musim perayaan.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada pelan tindakan pihaknya dalam mengurangkan kesesakan di lebuh raya setiap kali menjelang musim perayaan, yang dikenal pasti turut berpunca dari kesesakan di plaza tol.

“Inisiatif lain yang diambil termasuk menutup sementara lorong tambah nilai (PLUSmiles dan Touch & Go) bagi menjadikannya lorong tambahan untuk mengatasi kesesakan di plaza tol. Sebagai alternatif, orang ramai boleh menggunakan kaunter disediakan di kawasan rehat dan rawat terpilih untuk menambah nilai kad masing-masing,” katanya.

Tuesday, January 25, 2011

orang malaysia pulak terkenal dengan penakut + bodonya!?

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Monday, January 17, 2011

kehidupan kita penuh dengan kebetulan:

1. ak (merah) skid di kuching (kia)

2. pramugara TAMBANG MURAH (merah) nyamar polis...

3. fy (oren) touchdown borneo & rasminya di kuching (kia)

4. pramugari MH mati di belanda (oren)

5. what next?

perkasakan taik babi bukan tahap kuching lagi dah...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

better menyelami derita mukminin oleh fasikin...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Saturday, January 15, 2011

cerita jer lebih...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/15/nation/7801138&sec=nation

NATIJAH HIDUP SEBATANG KARA TANPA SUAMI & ANAK2 HASIL SPINNER...

Mayat gadis tanpa seluar


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Bau busuk yang dikatakan bangkai haiwan sejak dua minggu lalu oleh penduduk di Lorong 1 Taman Bukit Beruang Utama, dekat sini, membawa kepada penemuan menggemparkan mayat seorang gadis separuh bogel di sebuah rumah, di situ, pagi semalam.

Mayat mangsa, Charlene Sivasakkti, 24, ditemui tertiarap di atas tilam di biliknya kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Baru, dekat sini, semalam selepas dihubungi orang awam yang tidak tahan dan curiga terhadap bau busuk itu.


Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lalu dan ditemui di dalam satu daripada bilik di dalam rumah teres berkenaan.

Jiran mangsa, Hoh Peck Ha, 48, mendakwa dia dan keluarganya terhidu bau busuk sejak dua minggu lalu, tetapi menyangkakan ia bau bangkai haiwan.


Katanya, dia bertanya kepada beberapa jiran yang mengadu perkara sama.


“Selepas mencari dari mana bau busuk itu akhirnya kami mendapati ia berpunca daripada rumah di sebelah sini. Tetapi, rumah berkenaan bertutup rapat dan tiada penghuni.

“Sehingga dua hari lalu baunya semakin teruk dan kami mengesyaki sesuatu pelik,” katanya ketika di temui di sini, semalam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Perundangan), Superintendan R Gunarajan berkata, ketika tiba di rumah terbabit ia didapati berkunci dan polis terpaksa memotong kunci mangga untuk masuk ke dalam dan melakukan siasatan.

Katanya, ketika pemeriksaan, polis menemui mayat mangsa yang hanya berbaju tertiarap di bilik bahagian tengah rumah itu.


“Hasil pemeriksaan awal pada mayat itu kami mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa, selain tiada kesan pecah masuk ke rumahnya.


“Mangsa tinggal seorang diri sejak beberapa tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.


“Kali terakhir mangsa dilihat berada di hadapan rumahnya pada pertengahan bulan lalu dan jirannya memberitahu mangsa pernah dibawa menaiki ambulans ke hospital,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Beliau berkata, polis akan menyemak rekod kesihatan mangsa yang menghidap asma di samping menjalankan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi mencari punca kematiannya.


“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

Friday, January 14, 2011

orang islam sebenarnya yang anti islam (poligami + etcs)...

http://www.mmail.com.my/content/60852-record-why-mpsj-why

indian always stubborn? better mix marriage then... make it MY more outstanding!

AirAsia tolak bantuan alih pesawat
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/01/14

Akibat mahu guna kontraktor sendiri KIA ditutup 23 jam

SEPANG: Keputusan AirAsia yang hanya mahu kontraktornya mengalihkan pesawat miliknya yang terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) Isnin lalu, antara punca lapangan terbang itu terpaksa ditutup selama 23 jam.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ini menyebabkan kerja mengalihkan pesawat dan pembersihan lewat dilaksanakan.
Beliau berkata, selain hujan lebat yang menyukarkan kerja mengalihkan pesawat Airbus A320-200 itu, AirAsia menolak bantuan ditawarkan Malaysia Airport Berhad (MAB) dan syarikat penerbangan lain untuk mempercepatkan kerja pembersihan, sekali gus menyebabkan KIA terpaksa ditutup 23 jam.

“Saya difahamkan, pesawat ini terbabas dan mekanisme pendaratan depan pesawat patah, manakala separuh daripada mekanisme pendaratan belakangnya terbenam dalam lumpur dan memerlukan khidmat pakar serta peralatan khusus bagi mengangkatnya keluar.

“Apabila berlaku kejadian seumpama ini, syarikat bertanggungjawab mengalihkan pesawat dan membersihkan landasan tetapi dalam kes ini, AirAsia mahu gunakan kontraktor sendiri, sedangkan di mana-mana lapangan terbang sekali pun, pihak pengurusan dan syarikat penerbangan lain akan membantu mengalihkan pesawat.

“Ini mungkin antara faktor melewatkan pengalihan pesawat terbabit. Saya sudah arahkan MAB dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) minta penjelasan AirAsia serta menyediakan laporan terperinci,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA), di sini, semalam.

sapa bilang ibu kandung tak jahat + ibu tiri tak baik...

Bayi pengsan ditumbuk ibu

Oleh Suraya Roslan
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.

Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.


Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.

Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Wednesday, January 12, 2011

NAK GELAK WA TENGOK MANGKOK2 NI BERNYANYI BERBANDING TEGUR SPINNER...

'What's my sin?' draws 3,000 people
2011/01/11

Share |



KUANTAN: More than 3,000 people joined a poetry recital programme which was jointly organised by Berita Harian and Universiti Malaysia Pahang (UMP) at the university's sports complex in Gambang, near here, on Monday.

Entitled "Apakah Dosaku?" (What is my sin?), the programme was part of the "Malam Puisi Riong" poetry recital series which gathers people from different backgrounds to share their experiences and opinions on current issues through poems and songs.

Among those who recited their poems were UMP vice-chancellor Professor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim and Berita Harian group editor Datuk Mior Kamarul Shahid, while Imam Muda winner Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan read a poem written by Associate Professor Lim Swee Tin.


Launched by Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, the poem recital programme was held to highlight social problems particularly baby dumping.

It was supported by the Higher Education Ministry, UMP Women Association and UMP Student Representatives Council.

Read more: 'What's my sin?' draws 3,000 people http://www.nst.com.my/nst/articles/20poety/Article#ixzz1Aoo7HiJI

YO KAH, N.AJIS?

Pas: We'll enforce Islamic laws

2011/01/11
By Shahrum Sayuthi and Ben Tan
news@nst.com.my
Share |



LABIS: The setting up of an Islamic state and implementation of Islamic laws were the main selling points at a Pas function held at Felda Chemplak Barat near here on Monday night.

The event, which attracted some 200 people, was attended by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Johor Pas commissioner Datuk Mahfuz Mohamad and Labis Muslimah chief Normala Sudirman -- who is expected to be named as the party's candidate in the Tenang by-election on Jan 30.

Mahfuz, the first speaker, told the crowd that Pas would push for the setting up of an Islamic state once the party and its allies took over the Federal Government.


He said Pas would also insist on the implementation of Islamic laws once in power and this included limb amputation for convicted thieves and stoning to death for adulterers.

Insisting that such laws will be fair to all, he pointed that for an offence such as sodomy, which is punishable by death, a victim would be required to present four supporting witnesses who were "good Muslims" before the accused could be convicted.

"It is a just law as those who failed to produce four witnesses and making false allegations is punishable with 80 strokes of the rotan."


Normala said Pas was a party which fought for the setting-up of an Islamic state and she pledged that everyone would be treated fairly regardless of their religion.

Hadi, who was the final and main speaker of the night, highlighted Pas' alliance with non-Islamic parties such as DAP, maintaining that it was cooperating with the party without sacrificing its struggles and principles.

He also elaborated about the punishment of limb amputation, which he insisted could be used as a deterrent against theft.


Hadi claimed that Islamic laws were better than other types of law as its penalties would deter potential criminals from committing a crime.

"In Saudi Arabia, where Islamic laws are implemented, there were only about 10 instances where convicted thieves had their hands amputated over a period of 20 years.

"This shows that Islamic laws deter people from stealing.

"We can compare that to, for instance, New York in the United States where there are thousands of cases of thefts, rapes and murders every hour."

YO KAH, N.AJIS?

Pas: We'll enforce Islamic laws

2011/01/11
By Shahrum Sayuthi and Ben Tan
news@nst.com.my
Share |



LABIS: The setting up of an Islamic state and implementation of Islamic laws were the main selling points at a Pas function held at Felda Chemplak Barat near here on Monday night.

The event, which attracted some 200 people, was attended by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Johor Pas commissioner Datuk Mahfuz Mohamad and Labis Muslimah chief Normala Sudirman -- who is expected to be named as the party's candidate in the Tenang by-election on Jan 30.

Mahfuz, the first speaker, told the crowd that Pas would push for the setting up of an Islamic state once the party and its allies took over the Federal Government.


He said Pas would also insist on the implementation of Islamic laws once in power and this included limb amputation for convicted thieves and stoning to death for adulterers.

Insisting that such laws will be fair to all, he pointed that for an offence such as sodomy, which is punishable by death, a victim would be required to present four supporting witnesses who were "good Muslims" before the accused could be convicted.

"It is a just law as those who failed to produce four witnesses and making false allegations is punishable with 80 strokes of the rotan."


Normala said Pas was a party which fought for the setting-up of an Islamic state and she pledged that everyone would be treated fairly regardless of their religion.

Hadi, who was the final and main speaker of the night, highlighted Pas' alliance with non-Islamic parties such as DAP, maintaining that it was cooperating with the party without sacrificing its struggles and principles.

He also elaborated about the punishment of limb amputation, which he insisted could be used as a deterrent against theft.


Hadi claimed that Islamic laws were better than other types of law as its penalties would deter potential criminals from committing a crime.

"In Saudi Arabia, where Islamic laws are implemented, there were only about 10 instances where convicted thieves had their hands amputated over a period of 20 years.

"This shows that Islamic laws deter people from stealing.

"We can compare that to, for instance, New York in the United States where there are thousands of cases of thefts, rapes and murders every hour."

Monday, January 10, 2011

bangkok to phnom penh by bus pun ok tapi lama dah...

Berbudi, berbakti di Kemboja

PENDERITAAN umat Islam Kemboja yang hidup dalam serba kesusahan dan kekurangan perlu terus dibantu untuk meringankan beban serta penderitaan yang mereka alami.

Apa yang sedang berlaku di Kemboja mengundang simpati mendalam kepada seluruh rakyat negara ini untuk membantu meringankan keperitan dan kesengsaraan hidup mereka.

Masyarakat Islamnya mendapat pendidikan secara tidak formal seperti mengaji di sekolah-sekolah pondok kebanyakan dikelolakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan individu tertentu.

Kedaifan masyarakat Kemboja cukup malang apabila kanakkanak Islam di sana menghadiri kelas pengajian Al-Quran dengan kemudahan yang amat menyedihkan dan usang.

Biarpun kanak-kanak hanya berkaki ayam atau selipar berselut lumpur tetapi ia tidak mematikan semangat mereka mendalami ilmu agama.

Kebanyakan mereka sanggup hadir ke kelas mengaji Al-Quran dan Muqaddam semata-mata untuk mempelajari ilmu-ilmu asas iaitu ilmu mengurus diri seperti akidah, akhlak, tilawah, hadis dan tafsir.

Itulah gambaran yang menyentuh perasaan setiap insan yang melihat kemiskinan hidup yang mereka lalui.

Malahan bukan itu sahaja, lantai bilik yang hanya beralaskan tanah, kerusi meja yang hampir reput dimakan anai-anai, dinding bilik yang tidak bersimen, tiada kipas dan kemudahan asas lain. Namun bagi mereka, itu bukan penghalang bagi mentelaah ilmu agama.

Baru-baru ini, seramai 10 mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkesempatan mengikuti program Mobiliti Pelajar ke Kemboja.

Mereka terdiri, Mazni Sariff, Mohd Hafiz Ariffin, Ahmad Syouqi Rukaini Said Ramli, Muhamad Aiman Idris, Pua Tiong Eng, Mohd Fadzil Abdul Hanid.

Selain itu, Nik Muhd Afnan Nik Muhd Afandi, Mohd Latifi Mahmood, Fauzul Asrar Osman dan Ansharullah Hassan.

Program ini di ketuai Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin yang turut diiringi pegawai pengurusan tertinggi universiti dan pensyarah pengiring.

Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Datuk Md. Ismail Ahmad Khan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Abdul Aziz Abdul Samad dan Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar UTHM, Profesor Madya Dr. Asri Selamat.

Ketua Ekspedisi Mobiliti Pelajar Kemboja, Mazni Sariff berkata, program tiga hari dua malam itu mendedahkan mahasiswa UTHM tentang kesusahan yang ditanggung oleh umat Islam terutama di Kampung Choy Metrey Leu, Kemboja.

"Kesusahan mereka bukan lakonan atau dibuat-buat tetapi itulah realiti yang terpaksa mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian mereka di kampung ini,"katanya.

Mazni yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar berkata, sifat pengorbanan penduduk dan para alim ulama di kampung ini perlu dicontohi apabila menjadi penyumbang di atas usaha meningkatkan syiar Islam dan agama yang suci ini di samping meneruskan kehidupan.

Pada program tiga hari dua malam itu, pelajar mobiliti mahasiswa UTHM turut bersama berpeluang bersama penduduk kampung melakukan aktiviti gotong-royong memasang lantai jubin di Masjid Kampung Choy Metrey, memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah agama.

Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti melapah seekor lembu dan enam ekor kambing yang disumbangkan UTHM.

Saturday, January 8, 2011

sayang anak, tangan2kan BUKAN version jew yang kononnya child abuse...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/9/nation/7756434&sec=nation

Thursday, January 6, 2011

SPINner lebih tak beradab...

Jamu selera selepas tanam janin
Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

2011/01/07
POLIS memeriksa janin yang tertanam di tanah lapang berhampiran Pusat Komersial Salut, Sepanggar, semalam.
POLIS memeriksa janin yang tertanam di tanah lapang berhampiran Pusat Komersial Salut, Sepanggar, semalam.
2 pekerja saksi pasangan gali, timbus lubang

SEPANGGAR: Sepasang kekasih tanpa rasa bersalah menjamu selera di Pusat Komersial Salut di sini, selepas menanam janin baru digugurkan di satu kawasan lapang berhampiran pusat itu, jam 8.30 malam kelmarin.

Ini kes kedua pembuangan janin dilaporkan di kawasan sama selepas kejadian pertama, Selasa lalu.
Perbuatan pasangan terbabit menanam janin bagaimanapun disaksikan dua pekerja kilang, Noor Mohamad Mat, 23 dan Pance Fransisu, 22, kebetulan minum di sebuah kedai makan berhampiran.
Noor Mohamad berkata, mereka terlihat wanita bertudung itu duduk mencangkung, manakala pasangannya menggali tanah sebelum memasukkan sesuatu lalu menimbusnya.
“Selepas itu, lelaki terbabit berjalan ke arah sebuah Proton Iswara untuk mengambil sebotol air. Dia kemudian menyiram lubang ditimbus itu, diikuti wanita terbabit.

“Selepas itu mereka masuk ke restoran bersebelahan sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

“Saya dan rakan tidak sedap hati lalu mengorek lubang itu selepas pasangan berkenaan beredar.
“Selepas dikorek, kami temui kotak berisi bungkusan kain putih dan sebaik dibuka kami terkejut melihat janin yang masih berdarah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Noor Mohamad berkata, pada mula mereka menyangka pasangan itu menanam bangkai haiwan tetapi curiga apabila melihat pasangan terbabit menyiram tanah yang baru ditimbus, seolah-olah menyiram air mawar di pusara.

Terkejut dengan penemuan itu, katanya, mereka menghubungi Balai Polis Menggatal untuk melaporkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria yang dihubungi berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Beliau berkata, pihaknya kini melancarkan gerakan mengesan kenderaan pasangan terbabit, manakala janin dipercayai berusia lima bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-242111.