SPR nasihat daftar gabungan
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TEMERLOH: Sudah 16 kali pilihan raya kecil (PRK) berlangsung sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum 2008 dan setiap kali itulah juga parti pembangkang, Pakatan Rakyat didapati melanggar peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berdasarkan kepada peraturan SPR, hanya parti yang bertanding saja layak mempamerkan bahan kempen kecuali mereka adalah parti komponen kepada pertubuhan yang berdaftar seperti Umno, MIC dan MCA serta lain-lain yang menjadi parti komponen kepada Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah pertubuhan tidak berdaftar dan tindakan mereka mempamerkan bahan kempen parti yang tidak bertanding adalah jelas melanggar peraturan.
Justeru, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menasihati parti pembangkang yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat supaya mendaftarkan gabungan berkenaan supaya tidak lagi timbul masalah berhubung perkara itu pada masa depan.
“Jika betul parti pembangkang bersatu hati dan berpakat, apa salahnya mereka mendaftar pertubuhan terbabit supaya mereka tidak lagi melanggar peraturan,” katanya pada sidang media di Dewan Tun Razak, semalam.
Katanya, masalah terbabit menyukarkan pihak pengurusan pilihan raya dan penguat kuasa undang-undang seperti SPR dan polis sekiranya peraturan sedia ada terus dilanggar pada pilihan raya akan datang.
Click Here
“Kami tidak tahu apa masalah mereka untuk tidak mendaftar pertubuhan terbabit, namun itu terserah kepada mereka. Bagaimanapun mereka perlu sedar bahawa kedegilan mereka itu menyusahkan SPR dan polis dalam mengurus dan melaksanakan undang-undang pilihan raya.
“Pematuhan undang-undang memerlukan kerjasama rakyat dan dalam konteks ini, kerjasama parti sangat diperlukan,” katanya.
Mengulas perjalanan PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Wan Ahmad berkata, perjalanan PRK itu lancar dan hanya terdapat insiden kecil yang berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment