Tenaga dari sampah Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Usaha komited berterusan kerajaan menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) demi kesejahteraan rakyat diterjemahkan melalui pelaksanaan projek tenaga bersih yang sudah mula beroperasi di Pajam, Nilai, di sini.
Projek tenaga diperbaharui bersepadu bernilai RM100 juta itu digerakkan Cypark Resources Berhad dan lokasinya terletak di tapak pelupusan sampah seluas 26 hektar di kawasan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau gembira dengan pelaksanaan projek itu yang turut merangkumi satu daripada sembilan pecahan dalam ETP.
“Melalui kawasan tenaga diperbaharui ini, ia berupaya menjana tenaga bersih yang boleh disalurkan kepada grid Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Bidang ini mungkin tidak ‘glamor’ namun sisa pepejal perlu diurus dengan baik supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan mengubah suhu persekitaran suhu termasuk mengurangkan peningkatan kepanasan global,’’ katanya berucap merasmikan Taman Tenaga Diperbaharui Bersepadu di tapak pelupusan sampah Pajam di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Cypark Resources Berhad, Tan Sri Razali Ismail.
Menurut Najib, pelaksanaan projek tenaga diperbaharui di 16 kawasan tapak pelupusan sampah itu adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan untuk mewujudkan kemudahan tenaga solar, loji jana kuasa biogas serta biosel yang berupaya menjana 10 Megawatt (MW) kepada 3,500 kawasan perumahan.
“Saya bangga projek ini menepati kriteria ditetapkan iaitu mengutamakan dasar hijau dan meningkatkan taraf ekonomi berpendapatan tinggi.
“Ia mampu menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) melebihi RM12 juta setahun sehingga mencapai RM260 juta bagi tempoh 21 tahun akan datang sekali gus menjadi pemangkin kepada projek sama di 31 tapak pelupusan lain di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan serius untuk menjana lebih banyak tenaga teknologi bersih bagi keperluan negara.
“Syarikat ini (Cypark Resources Berhad) sedang menimbangkan untuk memperluaskan projek ini ke kawasan lain sejajar hasrat kerajaan untuk menutup tapak pelupusan bertujuan menjana tenaga,” katanya.
Tenaga dari sampah
ReplyDeleteOleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel