Wednesday, March 9, 2011

biar industri penerbangan lebih meriah & negara semakin global...

Wanita Afrika tawar diri jadi pembantu rumah haram ganti warga Indonesia


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

RIYADH: Sesetengah wanita Afrika mengambil peluang daripada penggantungan pengambilan pekerka asing dari Indonesia dengan menawarkan perkhidmatan mereka pada harga lebih tinggi.

Menawarkan perkhidmatan itu di pasaran gelap, setakat ini ia mendapat sambutan baik di kalangan penduduk Arab Saudi.


Menurut sumber, di tempat tertentu, wanita Afrika itu menawarkan diri secara terbuka.

“Bagaimanapun, mereka menuntut diberikan gaji lebih mahal serta beberapa syarat lain,” katanya.


Di daerah Ommu Al-Hamam, kata sumber, kegiatan wanita Afrika menjadi pembantu rumah itu berlaku dengan berleluasa.


Katanya, ada antara pembantu rumah haram itu terdiri daripada amah yang melarikan diri daripada majikan sebelum ini.

Click Here

“Ada pembantu rumah diberi upah harian, manakala tempat tinggal disediakan ejen masing-masing,” katanya. Sebelum ini, Menteri Buruh, Adel Faqeeh, mengumumkan rancangan kerajaan menubuhkan sebuah firma milik negara bagi melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah. Agensi itu dijangka beroperasi tahun ini. - GN

No comments:

Post a Comment