Monday, July 19, 2010

orang dah jemu dengan momokan yang sama... cerital pasal kena buat bisnes lebih kah sebagai contoh.

Kenaikan harga peluang amal pemakanan sihat


2010/07/20
MANJUNG: Umat Islam patut memanfaatkan penyelarasan harga gula dan kedatangan Ramadan dengan mengamalkan pemakanan sihat serta melatih diri untuk makan secara seimbang.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah ribuan individu tidak mengambil berat soal kesihatan diri menyebabkan mereka tergolong dalam kumpulan tidak produktif, dan menjadi beban kepada negara.
Titah baginda, data terkini Yayasan Jantung Malaysia menunjukkan 44 peratus warga Malaysia berada dalam kategori kegemukan atau obesiti, merokok (25 peratus), tekanan darah tinggi (33 peratus), kencing manis (15 peratus) dan kandungan kolesterol tinggi (21 peratus).
Click Here
Baginda bertitah, 60 peratus rakyat negara ini tidak melakukan aktiviti riadah dan hanya 11 peratus yang melakukan riadah secara berdisiplin untuk memenuhi tahap minimum.

“Akibatnya, bilangan mereka yang menghidap sakit kronik semakin bertambah, sekali gus menjadi beban kepada keluarga, pembayar cukai dan negara yang terpaksa memikul tanggungan perbelanjaan perubatan yang tinggi,” titahnya ketika merasmikan Klinik Kesihatan Pantai Remis di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Raja Dr Nazrin bertitah, warga sihat dan amalan budaya hidup sihat adalah salah satu komponen negara maju.
Titahnya, wawasan Kementerian Kesihatan melaksanakan pendekatan pencegahan tidak akan tercapai jika dilaksanakan secara terasing kerana usaha itu perlu disokong oleh pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment