Artis komedi 'serang' kerajaan dalam laman web
2010/07/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALOR SETAR: “Mungkin ini cara dia untuk cuba meraih populariti semula sebab kini semakin ‘suam-suam kuku’. Namun, tindakannya menghentam kerajaan secara berterusan menunjukkan dia mempunyai niat tidak baik.”
Kata-kata itu antara luahan kesal orang ramai mengenai tindakan seorang artis komedi yang melancarkan serangan secara berterusan melalui laman web sosialnya terhadap pemimpin negara dan kerajaan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan subsidi beberapa barangan keperluan utama, Khamis lalu.
Artis lelaki terbabit menulis lebih 10 komen dalam laman sosial itu dengan kecaman termasuk meminta rakyat menukar pemimpin.
Bagi mereka yang tidak sependapat, artis terbabit mengambil sikap ‘menyerang’ mereka dengan mendapat sokongan konco-konconya yang mempunyai pendapat sama.
Eksekutif Pemasaran, Mohd Iqbal Abdullah, 30-an, berkata tidak salah untuk rakyat Malaysia menyuarakan pendapat, tetapi perlu berdasarkan fakta, bukan hanya berasaskan perasaan marah atau kepentingan lain.
Menurutnya, tindakan artis komedi berusia 40-an itu menghentam secara berterusan kerajaan sejak pengumuman pengurangan subsidi lima barangan utama Khamis lalu sesuatu yang melampau.
“Ini kerana rakannya dalam laman sembang itu hampir 5,000 orang dan dia mungkin cuba merasuk pemikiran orang lain,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment