AirAsia tolak bantuan alih pesawat
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/01/14
Akibat mahu guna kontraktor sendiri KIA ditutup 23 jamSEPANG: Keputusan AirAsia yang hanya mahu kontraktornya mengalihkan pesawat miliknya yang terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) Isnin lalu, antara punca lapangan terbang itu terpaksa ditutup selama 23 jam. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ini menyebabkan kerja mengalihkan pesawat dan pembersihan lewat dilaksanakan.
“Saya difahamkan, pesawat ini terbabas dan mekanisme pendaratan depan pesawat patah, manakala separuh daripada mekanisme pendaratan belakangnya terbenam dalam lumpur dan memerlukan khidmat pakar serta peralatan khusus bagi mengangkatnya keluar.
“Apabila berlaku kejadian seumpama ini, syarikat bertanggungjawab mengalihkan pesawat dan membersihkan landasan tetapi dalam kes ini, AirAsia mahu gunakan kontraktor sendiri, sedangkan di mana-mana lapangan terbang sekali pun, pihak pengurusan dan syarikat penerbangan lain akan membantu mengalihkan pesawat.
“Ini mungkin antara faktor melewatkan pengalihan pesawat terbabit. Saya sudah arahkan MAB dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) minta penjelasan AirAsia serta menyediakan laporan terperinci,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA), di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment