>Dakwaan tak berasas
2010/09/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan dakwaan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan yang menyatakan gedung tekstil Jakel di Jalan Masjid India di sini, mencuri tapak bazar di hadapan gedung terbabit tidak berasas.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, berkata Jakel menjalankan prosedur yang tepat sebelum memberi kebenaran kepada Seri Pertiwi Tekstil untuk berniaga di hadapan gedung mereka.
Beliau berkata, lebih memburukkan keadaan apabila persatuan itu bukan saja melemparkan tuduhan tidak berasas, malah menuduh DBKL merobohkan 74 khemah yang dipasang mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
“Hakikatnya, mereka (persatuan) mendirikan khemah itu pada 2 September lalu (kelmarin) pada jam 2 pagi secara haram dan DBKL terlebih dulu memberikan arahan untuk meruntuhkan khemah terbabit sebelum menjalankan tindakan meroboh,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Syed Ali Al Habshee, berkata isu yang dibangkitkan persatuan lebih bertujuan untuk kepentingan diri sendiri ekoran pelbagai tindakan negatif yang dilakukan.
Menurutnya, sebanyak 8,000 tapak bazar disediakan DBKL di seluruh Kuala Lumpur dengan 485 daripadanya di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan pembahagian tapak itu dilakukan secara adil.
Friday, September 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment