Tuesday, August 17, 2010

kami pun...

Australia mahu gugur sistem beraja Britain


2010/08/18
CANBERRA: Australia patut menggugurkan sistem beraja di Britain selepas tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth II tamat, kata Perdana Menteri, Julia Gillard semalam.

Gillard mengetuai Parti Buruh berhaluan kiri sudah lama berpendapat negara itu sepatutnya mengamalkan sistem republik dan menamatkan sistem diraja Britain yang menjadikan ratu ketua negara.
Click Here
Katanya, Australia memang ‘amat menyayangi’ ratu, tetapi beliau seharusnya menjadi raja terakhir Australia.
“Sebagai Perdana Menteri, saya ingin mencari jalan bagi mewujudkan sebuah republik,” kata Gillard kepada pemberita di Townsville. “Saya fikir masa paling sesuai untuk negara ini melangkah menjadi republik apabila berlaku perubahan raja. Sudah tentu saya berharap Ratu Elizabeth akan hidup lebih lama dan mempunyai kehidupan baik, dan berdasarkan umur, saya pasti beliau panjang umur.”

Isu itu boleh menimbulkan pertikaian di kalangan rakyat Australia, kebanyakan mereka pendatang dari Britain atau pewaris negara berkenaan yang masih menunjukkan taat setia kepada Britain dan ratunya.

Ramai anggota parti pembangkang, Parti Liberal adalah penyokong sistem beraja - walaupun parti berkenaan turut mempunyai anggota berprofil tinggi yang menyokong pemerintahan republik. – AP

No comments:

Post a Comment